Welcome Notes
Goodluck dearself untuk sem 2 =)
Syazell ;
Love Type
Refresh Profile Stuffs Twitter Follow Dash
owner


" Forgive for everything? till then again, in Jannah. Insha Allah. "


tagboard



Donation




Credits

© Full edited by me. Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
The Adventure of Minggu Destini Siswa
Sunday, November 20, 2016 • 10:19 PM • 0 comments




Hye guys. 
Seems like my first sembreak will meet it's end. It just 2 weeks to go. About my final exam result, for sure la dah keluar. Jangan tanya dapat apa. Hah, when I said like that, for sure la tak deanlist. Sikit lagi kot. hm tgk drama banyak sangat time final. And result kolej pun dah keluar. Semua dah keluar bla bla bla. Tapi satu pun tak print lagi. You know why ? Malas. Malas. dan Malas. Haiyoo syazz, you said nak taubat. hahahahahaa


Okay okay. Tunggu dah start sem nanti lah baru taubat balik. Focus study, focus on my dream, and focus on my success. Dah la mintak SPA tak dapat *mata pandang atas*. Oh for your information, aku study kat UiTM Perak Kampus Tapah. wuhuu. dan aku baru nak masuk sem 2 *sengehh acah dah final year


Disebabkan aku tak pernah tinggal kat asrama dari sekolah, so bila first time masuk kolej tu, sedih gak la jauh dengan parent. Tp since aku stay Perak jugak dan Tapah takda la jauh mana kalau balik naik train. Tapi disebabkan aku tak pernah tinggal kat asrama, bab nak packing barang nak masuk first sem dulu fuhhh penat. Banyak sangat benda mengarut yg aku bawak yg tak pakai pun. buat penat je aku usung naik tangga masuk bilik dulu.


Hm dah mengarut. Balik kepada tajuk asal. Aku nak cerita pasal MDS je kot 😂😂 ..
MDS ni minggu yang banyak bagi memori manis pahit tawar masin semua lah. MDS ni macam orientation week la. Tapi untuk student UiTM memang dipanggil minggu destini siswa. Minggu ni la minggu yang kau takkan ada masa nak melawa, nak belit sana sini, nak makeup tebal2, nak cukup tidur apa semua. Nak mandi pun belum tentu. hahahahaha. Tapi jangan tak mandi okay. Cari jugak masa untuk mandi.


From what I know la, bila kau tanya semua student UiTM kat Malaysia ni, apa feel MDS, akan ada yang cakap best, teruk, apa semua. Tapi bagi yang cakap best tu, ce kau tanya dia nak ke hadap minggu MDS tu untuk kali seterusnya? For sure dia taknak. Hahahahaha. Bukan apa, schedule yang dibuat untuk student baru ni padat sangat. dan masa tu singkat untuk masukkan semua benda. So, kalau ada yang tak tepati masa time ni, kau hadap la satu batch. But for me, so far first 3 days tu je yang rasa nak mati. then, okay je.


Aku tak tahu la kalau UiTM lain tu macam mana kan cara diorang punya PMDS (Pemimpin Minggu Destini Siswa) kawal. Aku cerita base on PMDS kat UiTM Tapah time aku dulu. Kami panggil diorang OC (orientation comittee). Dah habis MDS baru aku tahu apa tu OC. tu pun sebab stalk insta OC Fadhil, one of the oc disiplin untuk kolej Beta. UiTM Kampus Tapah ni, surrounding dia macam kawasan sekolah je. Tak sebesar UiTM Shah Alam. Kau nak pergi mana semua jalan kaki sampai. The best part is environtment dia always fresh. Melainkan time tengah hari panas terik tu.


Disebabkan kawasan dia yang tak besar, the worst part kau time MDS adalah kau rasa kau takda kaki. Jalan laju memanjang. takda masa nak melenggang kangkung. ke sana ke sini nak makan pun bagi masa. Dan masa yang dia bagi tu buat kau rasa bila kau dapat makanan tu, kau nak sumbat pinggan tu skali dalam mulut. Elok kau duduk dia dah suruh kau blah kau rasa ? Tapi cukup je masa nak makan kalau kau dapat makanan terus duduk dan makan tanpa toleh kiri kanan dan bersuara. Paling penting, jangan pernah buat hal time nak pergi solat subuh dengan before maghrib. Kau cari nahas namanya tu. Lepas MDS kau akan rindu solat jemaah sama2, ni Serious.


Macam yang aku cakap tadi, first 3 days je kau rasa nak mati. hahahaha. tak cukup tidur dan sentiasa mengantuk dan penat tu sudah tentu. Bagi aku yang sentiasa jahil dulu ni, waktu solat la waktu yang paling aku bersyukur. Time ni la kau akan faham yang solat tu rehat. Tapi bukan bermakna kau boleh tidur dan ponteng solat sesuka hati. Bila kau khusyuk tu baru kau rasa rehat sebenar. INGAT ! JANGAN TIDUR TIME SOLAT. Tp kalau nak curi tidur time kuliah subuh tu boleh kot, hahahah. Jangan k jangan.Sebab kau takkan boleh tidur dalam PI (Pusat Islam) tu.


Bila ada apa2 taklimat dalam DK (Dewan Kuliah) time MDS tu, kalau boleh korang elakkan untuk stay dalam live streaming DK dan greenhouse. Chances untuk korang tidur time tengah ceramah tu tipis sangat. hahahahah. Tapi moment paling takleh blah time dalam DK time aku ritu, siapa je yang tidur, muka dia akan dirakam oleh mana2 kamera tertutup dan dimasukkan dalam montaj. femes la kau lepas tu. Nasib aku baik sebab tak masuk montaj time aku tidur hari last dalam DK tu. dah la duduk depan sekali. sedap je tidur sampai habis ceramah sejarah pebenda tah.


Okay takat tu je mampu membebel setelah hampir setahun tak update blog. Panjang gak hahahahahaha. And sorry sebab tak dapat nak share gambar time MDS dulu. Jujur weh takda masa woi nak ambil gambar. Ada pun gambar share share. Nak post sini internet lembab pulak. So, go visit my IG and scroll bawah2 sampai jumpa few gambar masa aku MDS dulu. DM dulu okay cakap yang kau from my blog. Sebab aku bukan spesis yang suka approve orang sekarang ni. okay bye. see ya !!


Visit my IG @__syxzz




Post a Comment

hello!!!
Lets talk here//
Anyone who don't have blog just put ur facebook link
by the way, no harsh word please...
love u all..!!