Welcome Notes
pray for my SPA result =)
Syazell ;
Love Type
Refresh Profile Stuffs Twitter Follow Dash
owner


" Forgive for everything? till then again, in Jannah. Insha Allah. "


tagboard



Donation


Credits

© Full edited by me. Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
Kata Hati
Friday, November 27, 2015 • 1:02 AM • 0 comments



sad, rain, and grunge image

"I want you to be happy, and if it's not with me that's fine, because you're the only person I have loved enough to put before myself. Seeing you happy, and that's what love is... Right ?"

Aku tahu apa aku buat ni salah. Tapi aku tak fikir panjang. Tapi aku nak semua tahu, dalam hidup ni ada sesetengah perkara yang datang tanpa diduga. Buat kau gembira bahagia. kemudian tiba-tiba hilang sekelip mata.


Mana mungkin kau tak menangis dan tertanya kenapa. Patinya ada terdetik dihati kenapa kau ditinggalkan terkontang-kanting tanpa sebarang bicara. Namun, kau harus belajar untuk lupa. Buang segalanya dan hidup seperti biasa. Seperti sebelum kau kenal dia.


Kau perlu ingat, jangan pernah pentingkan diri. Selagi kau boleh bahagiakan orang, kau cuba. Kau tahu setiap perkara baik itu ada balasnya. Bahagia untuk kita itu ada. Cuma perlu sabar dan redha dengan setiap apa yang ditetapkan untuk kita.  


Maaflah. Aku menulis ini melalui hati. Tangan menaip setiap inci yang terdetik dihati. Aku bukan patah hati. Cuma penat bohong diri sendiri kata aku boleh dapat benda yang tak pasti. Terlalu berharap. Maaf lagi sekali andai kalian tak mengerti bicara hati ini. Aku tahu cuma aku yang memahami.


Tapi lebih baik kalian tidak mengerti. Tak perlu aku mengadap komen itu ini. Aku akan cari kekuatan itu sendiri. Jatuh bangun sendiri. Bukankah itu lebih menunjukkan bahawa aku ini berani berdikari. Yakinkan aku untuk terus berlari. Lupakan semua harapan palsu yang pernah kusimpan dalam hati.


Aku tahu bahagia itu setia menanti. Akan aku cari. Semoga terus kuat wahai diri. Aku pendosa tanpa henti. Semoga ini menjadi pengajaran buat diri suatu hari nanti.


Untuk kau yang pernah mencuri hati. Semoga suatu hari kau kembalikan ia kepada diri ini. Kau tahu sakit bila tahu kau simpan hati ini tapi belai hati yang lain. 


Selamat malam. 


Fihifzillah


Post a Comment

hello!!!
Lets talk here//
Anyone who don't have blog just put ur facebook link
by the way, no harsh word please...
love u all..!!


|