Welcome Notes
pray for my SPA result =)
Syazell ;
Love Type
Refresh Profile Stuffs Twitter Follow Dash
owner


" Forgive for everything? till then again, in Jannah. Insha Allah. "


tagboard



Donation


Credits

© Full edited by me. Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
Cuti-cuti buat ape tuu ???
Tuesday, March 17, 2015 • 11:40 PM • 1 comments



Mesti ada yang tak pergi mana-mana kan? duduk rumah, tengok tv, makan, tidur, main fon. hah tu je lah kerja budak zaman sekarang. maaf agak kasar disitu.mesti ada jugak yang pergi melancong dengan family kan? kalau ada yang malas nak ikut kalau family ajak keluar tu, better buang la perasaan malas tu. bukan senang tau nak gather dengan family. boleh rapatkan ukhwah lagi tu.so cuti seminggu bagi pelajar sekolah menengah macam mana ? kelas jugak ?


ehek tajuk sama macam bangla merah jambu punya entry. ahaha.cuti sem pertama dah bermula (konon budak u). actually cuma cuti seminggu, tu je. macam mana-mana student universiti, selalunya cuti seminggu ni study week.so samalah macam aku a.k.a student SPM. hari first cuti (sabtu 14/3/2015) je yang best sikit sebab tak pergi kelas. hahaha. bukan ponteng tapi ikut Kelab PRS (pembimbing rakan sebaya) pergi karnival Jom Masuk U dekat Ipoh. dari situ dah nampak semangat nak masuk U kan ? hahaha

"Dah sampai sana bukan nak seronok-seronok je. pergi setiap u dan ambil apa yang patut. sebolehnya, pergi dekat, tanya apa yang hangpa patut ambik lepas SPM." pesan umi (cikgu PRS). 


sebagai pelajar yang mendengar kata, aku dan kawan mengangguk tanda paham akan arahan yang diberi. sampai je sana, tanpa berlengah aku terus masuk. bukan sorang tapi dengan kawan-kawan aku la. masuk je pintu utama tu, terus dapat sling beg. aku pun terus la pergi setiap booth dan ambik setiap pamplet yang ada atas meja setiap booth. penat tau. perut aku pulak tak habis-habis asyik menyanyi je. lapar tau. 



ni lah apa yang aku ambik sebenarnya lagi banyak daripada ni


penuh sling bag aku. berat pulak tu. rasa macam nak lempaq jauh-jauh ja. tapi yang bestnya sebab dapat freegift. pen, notebook, keychain from USIM dan yang paling best sticky note from UUM. thanks to akak yang bagi sebab tak semua orang dapat benda tu. hah sambung cerita, lepas habis aku pusing tempat tu, kami terus keluar. ingat nak beli makanan. tapi semua kedai banyak orang.so, sebab malas nak tunggu lelama aku pun pergi la beli ais krim pasu. nampak ramai orang jugak. tapi ntah kenapa aku dengan ruby dapat dulu. hah nasib kami sangatlah baik waktu tu.



hah ni bukti aku makan ais krim pasu


jangan tanya kenapa tinggal pasu. ais krim dah habis. konfem la yang tinggal hanyalah pasu dia. actually aku lupa nak tangkap gambar masa beli ais krim pasu tu. biarlah yang penting perut aku dapat diisi. aku beli satu RM5. walaupun sebenarnya tu harga standard, tapi bagi aku tetap mahal. sebab tu la aku bawak balik pasu tu. boleh jugak tanam pokok kacang hijau mcam time darjah 6 dulu. dalam pukul 2 kot, baru bas datang ambik kitorang balik.


pergi ikut jalan lama, balik pun ikut jalan lama. kempunan aku nak pergi R&R. hahahah. macam dah takde kerja je nak pergi R&R. dalm pukul 3 lebih sampai Sg Siput untuk solat zohor. ntah la masjid atau surau yang kami pergi tu. aku tak usha pun nama dia. masjid kot. besar semacam je. 


tempat solat wanita ada dua. satu kat bawah, satu kat atas. yang bawah tu kecik je. bahagian atas baru besar. disebabkan time tu aku tengah mengantuk. mood aku pun bukan untuk tunggu orang habis solat baru nak cop tempat untuk solat, aku pun memberanikan diri untuk naik ke tingkat atas seorang diri. first first aku tak tau pun ada tempat solat kat atas tu, tapi bila dah naik, aku tengok mashaAllah, luasnya rumah Allah ni. then aku pun solat la sorang-sorang dekat atas. aku pun tak tau kenapa orang taknak naik atas. bila aku dah habis solat, aku turun and bagitau yang kat atas pun ada tempat solat lagi. so, takdelah diorang duduk melengung belum solat sebab tempat kecik.



ni lah kerja aku dan kawan. bergambar itu pasti.


disebabkan masih ramai yang belum naik bas, kami pun pergilah di suatu sudut di tengah panas untuk bergambar. banyak lagi gambar. tapi aku malas nak ambik dekat fon. fon tengah cas. habis bateri. hahaha alasan semua tu.


lepas pergi solat, kami bergerak ke Kuala Kangsar untuk makan. yehet !! kami pegi dekat tempat yang tepi sungai tu. mahal gile makanan situ. tapi aku makan laksa je. murah la jugak daripada orang yang makan nasi goreng ayam dengan harga RM6. aku dengar pun terkejut sebab harga dia double harga kat tempat aku.



candid atas jambatan gantung


lepas makan, dengan semangatnya kami terus ke jambatan untuk ke taman permainan kat belakang tu. tapi tak main pun. tengok-tengok je.lepas habis tangkap gambar semua, kami pun pulang.


malam tu aku balik kampung sebab ahad takde kelas. my mum mintak cuti ahad. so yeah my mum balik. tapi semalam dah pergi kerja balik. 


hari cuti yang seterusnya masih ada kelas darii pukul 8 - 12.30. budak nak spm memang cenggini eyh ?


kbye. esok ada kelas akaun.


goodnight. fi hifzillah. ilalliqa wa maa'ssalamah !!!


p/s festime aku buat entry real pepanjang macam ni. 




Blogger tenku butang said...

Haiii.. Cakkk..
done follow sini no. 1461
salam kenalan yea..
meh le singgah n follow blog teman,
leh kita saling kunjung-kunjungan..

http://tengkubutang.blogspot.com/ - blog official teman

http://kucenkucenbleog.blogspot.com/ - blog kucen teman

 

Post a Comment

hello!!!
Lets talk here//
Anyone who don't have blog just put ur facebook link
by the way, no harsh word please...
love u all..!!


|