Welcome Notes
pray for my SPA result =)
Syazell ;
Love Type
Refresh Profile Stuffs Twitter Follow Dash
owner


" Forgive for everything? till then again, in Jannah. Insha Allah. "


tagboard



Donation


Credits

© Full edited by me. Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
Because I Love U Friend
Friday, December 5, 2014 • 1:49 AM • 2 comments



Beautiful!

Ehh AWAK !! Baca lah.. Rugi tak baca sampai habis

MOHON BACA.
SEBAB SAYA SAYANG AWAK.
I LOVE U TO THE MAX.

http://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.com
Bismillah.

Jujur aku tak tahu nak mulakan macam mana entri kali ni.

Ini soal hati

Directly cakap,

  Dalam memburu solehah, ada kala dia lelah. Dia lemah, dia tersalah langkah. Dia tergelincir ke jurang ikhtilat yang dia sendiri tak sedar.

Dalam menggapai gelaran si musleh, syabab itu terjatuh. Sangkanya itu tak mengapa. Namun sebenarnya dia membenarkan syaitan menipu daya.

Member minta aku buat entri ni. Untuk tegur dia, untuk tegur orang yang dia sayang 👰 untuk tegur aku, untuk tegur kita. Kadang kita leka dengan dunia    

Kita tahu,
 berubah ni step by step.

Tapi kadang kita lupa, syaitan  punya stail nak sesatkan manusia pun step by step.

Sedangkan syaitan  ni dah hasut berjuta manusia dari zaman Nabi Adam, setakat kita yang iman tak kuat  mana ni lagi senanglah kan diorang nak hasut. Lalu tanpa sedar, masing-masing tergelincir.

Aku tak kata tak boleh langsung berhubung dengan ajnabi    .Tapi ada batas. Selagi belum nikah, selagi tu ada batas. Ingat? 

Mula-mula berbual benda penting .
Mesej bila ada urusan  
Contact pun benda-benda yang ada kepentingan  .
Lama-lama, makin pelik konsep perbualan tu .
Benteng batasan syariat tu macam pecah secara perlahan .

Akhirnya berbual bertanya khabar ,
benda-benda yang tak penting sangat sebenarnya .
Sejam tak dapat mesej dari orang tu, hati dah mula resah. Rasa serba tak kena . Waktu tu kondisi iman mula yanqus, menurun  .Lemah. Goyah. Tapi kita tak sedar. Kita rasa, "Ala biasalah ni. Nama pun sayang."

And perkara ni aku dah lama cakap dengan kawan aku ni. :face4: Dia pun, mula-mula malas nak dengar. Abaikan nasihat aku, nasihat member lain. Iyalah, kadang kita nampak yang berbeza jantina  ni lebih ambil berat pasal kita, sedangkan yang sejantina  ni ramai lagi yang sudi ambil berat sebenarnya.

Aku dan geng-geng RKS (Remaja Koya Sejati) ni pun basuh punya basuh budak sorang ni, akhirnya dia mengalah . Okay aku tahu sakit tu macam mana. Pedih .Yes. Lepaskan orang yang kita sayang, sebab nak tengok dia bahagia raih cinta Dia.



"Macam mana kalau aku bangun tidur, tak ada mesej dari dia? Kosong doh hidup."

"Kau mampu, insyaallah. First week mungkin susah sikit, lama-lama kau boleh."

"Tapi aku sayang gila kat dia. Aku sayang gila."

"Kalau sayang, mesti sanggup melepaskan, kan?"

"Kau bukan kat tempat aku, bolehlah cakap."

"Ya, memang aku bukan kat tempat kau. Tapi kau kena faham, aku tak sanggup tengok orang-orang yang aku sayang, tergelincir free-free je sebab syaitan."

"Kami bukan cakap benda lagha pun."

"Okay tak lagha. Tapi aku tahu, dalam solat kau, kau ingat dia, kan?"

"Mestilah ingat."

"Waktu study kau ingat dia kan?"

"Ya..."

"Waktu makan kau teringat conversation kau dengan dia, kan?"

"Hm."

"Sebelum tidur, kau mesej dia kan?"

".........."

"Bangun tidur, kau cari phone, check ada mesej dari dia tak, kan?"

"Hm."

"Kau buat apa pun kau ingat dia, kan?"

"Aku sayang dia  "

"Kalau sayang, kau mesti nak tengok dia ke syurga, kan?"

"Ya."

"Jadi kau kena lepaskan dia, atas dasar sayang kau pada dia, sayang kau pada agama, sayang kau pada yang ciptakan korang berdua. Lepaskan dia, boleh?"

Dia nangis. Untuk pertama kali, aku guna cara paksaan sampai orang menangis sepanjang lalui proses tarbiyah dakwah ni.

:face32: Aku minta maaf. Ini bukan sengaja. Aku sayang kau. Kami sayang kau. Macam mana kau sayang dia, aku nak kau tahu, kasih sayang Allah pada korang berdua, pada kita semua lebih luas daripada tu.

Itu antara satu scene dalam mem'basuh' member aku ni, dan aku tahu sampai sekarang dia masih susah nak melepaskan.  Tapi dia minta aku buat entri ni. Supaya orang di sebelah sana juga faham situasi. :face8: Sebab dia tak ada kekuatan nak jelaskan sendiri :face22:. Hatta aku juga tak ada kekuatan tengok member aku yang kuat, yang jarang menangis, yang sentiasa nak menang, yang susah kalah, yang susah tundukkan ego, akhirnya terjatuh.

Aku tak salahkan mana-mana pihak, aku salahkan diri aku. Diri aku yang tak cegah dari awal. Salahkan diri aku, yang biarkan semuanya berlarutan. Salahkan diri aku, sampai semuanya jadi makin payah untuk dilepaskan. Maafkan aku, kawan.



Untuk si mawar berduri yang aku hormati, ini pesanan dari dia untuk kamu. (Tapi dah dialih bahasa juga di edit sikit sebab ayat dia jiwang sangat. Nanti lain pula jadinya. Saya ambil part yang boleh dikongsikan secara umum saja.)


Bismillah.
Semoga dipinjamkan kekuatanNya dalam hatimu  , untuk menjalani hari-hari dengan penuh keyakinan dan redha atas setiap yang berlaku.

Bukan tak sayang, jauh sekali membenci. Tapi perpisahan ini perlu, untuk aku dan kamu cari semula makna soleh dan solehah dalam diri.

Janji dengan saya, berpisah di dunia, bertemu di syurga.

Permintaan yang saya buat, bukan atas kerelaan diri. Tapi atas paksaan iman. Tak sanggup tengok orang yang saya sayang terus tertipu dengan hasutan syaitan.

Saya berdosa . Sebab saya, awak leka. Itu tak apa. Tapi saya taknak, awak berdosa sama.

Allah ciptakan pertemuan, kemudian Allah ajarkan saya banyak perkara .

After that Allah aturkan perpisahan. Untuk tengok sebenarnya siapa lebih kita utamakan. Dia atau dia 

I admit it, it isn't easy to let you go. But for His sake, untuk kebaikan kita, untuk kebaikan iman dan hati kita, untuk tak wujudkan fitnah kepada agama, saya minta. Lupakan saya selagi mana saya melalaikan awak.

Keep in touch dalam doa, okay 

Jumpa di syurga.

Jangan nangis-nangis,

Allah uji kita dengan pertemuan, sekarang Allah uji kita dengan perpisahan. Bukankah hidup ni juga satu ujian  Untuk tengok sejauh mana kekuatan iman.

Semoga kuat. Allahu yubarik fik.

Assalamualaikum wbt.

..............................

Entry dicipta oleh seorang lelaki dari geng RKS.
 copy from whatsapp


Blogger Isma Ismail said...

Ya,tak dinafikan payah nak tinggal benda yang selama ini kita buat,kita tau benda tu salah tapi kita buat jugak.

Check Iman balik,sebab apabila hidayah Allah kita sia-siakan,itu tanda iman tandus.Suburkanlah dengan Istiqfar dekat dengan Pencita.

Semoga Allah pelihara perjuangan dakwah. :)

 
Blogger Jie Najihah said...

ok done baca. best kan kalau ditarbiyah . huu . :'D

" love someone bcos of Allah, Allah will make it last forever,
leave someone for Allah, Allah will give you someone much better. "

 

Post a Comment

hello!!!
Lets talk here//
Anyone who don't have blog just put ur facebook link
by the way, no harsh word please...
love u all..!!


|